Haiwan Peliharaanku~

Tuesday, January 12, 2010

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh allah SWT untuk membingbing manusia ke arah ke jalan kebenaran.Tidak seperti Nabi 2 yang lain ,umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan soat 5 waktu setiap hari.Ini merupakan kelebihan dah anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dimana dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.Berikut diterangkan bagaimana setiap solat mula dikerjakan dan siapa yang pertama menunaikannya.


Subuh:

Manusia yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : tanda bersyukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat kedua : tanda bersyukur kerana siang datang menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua : tanda bersukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: tanda bersyukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia yang pertama yang mengerjakan solat asar ialahNabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun(paus).Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan iaitu;

Rakaat pertama : kelam dalam kesalahan.
Rakaat kedua : kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga : kelam dengan malam.
Rakaat keempat: kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang megerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur Nabi Isa ,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu;

Rakaat pertama : untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang maha esa.
Rakaat kedua : untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan keatas ibunya Siti Mariam
yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata ,tiada dua atau tiga.

Isyak:

Manusia yang pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s..Pada ketika itu, Nabi musa telah tersesat mencari jalan keuar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : tanda dukacitanya terhadap saudranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : tanda dukacitanya pada firaun.
Rakaat keempat: tanda dukacitanya pada anak firaun.

No comments:

Post a Comment